Thursday 26 June 2014

Ramai tidak percaya Ibu anak OKU susah



Ramai tidak percaya Ibu anak OKU susah, facebook beliau di serang orang ramai untuk tahu kisah sebenar - Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet.

Akaun Facebook yang menggunakan nama 'Imashima Lola' dengan gambar profil 'selfie' wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman sosial sejak petang Ahad dengan pelbagai komen negatif.





Kebanyakannya mengecam wanita berkenaan kerana berpelakuan tidak berperikemanusiaan terhadap anaknya sendiri dengan mengurung dan membiarkan remaja OKU itu hidup menderita bergelumang dengan tanah dan najis.

Hasil pemeriksaan di akaun berkenaan juga mendapati terdapat beberapa keping gambar yang dipercayai mirip wajah mangsa, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada awal pagi Sabtu.

Gambar ramaja yang dimuat naik pada September 2013 berpakaian kemeja-t dengan potongan rambut paras bahu itu turut dikongsi dengan pelbagai komen simpati oleh pengguna Facebook.

Berdasarkan pemerhatian, remaja berkenaan yang kelihatan sihat dan berisi dilihat duduk di atas sebuah sofa fabrik yang sama dengan kusyen dalam rumah di mana Muhammad Firdaus ditemui.

Menurut maklumat peribadi Imashima Lola yang berasal dari Sabah itu, dia yang tinggal di Kampong Nilai, Negeri Sembilan bekerja di sebuah syarikat katering yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kali terakhir Imashima Lola mengemaskini status Facebooknya ialah pada 19 Jun lalu,Sejak Sabtu, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai.


Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.

TERBARU!!! BANGKAI PESAWAT BRITISH DITEMUI DI GUA MUSANG YANG BERUSIA 64 TAHUN!!!

PESAWAT DC-3 DAKOTA BERSEMADI DALAM HUTAN TEBAL.

Pada tahun 1950 misi penerbangan Dougles DC-3 DAKOTA (KN630) milik tentera Britain (RAF).Sejak beberapa minggu yang lalu,di Hutan Tebal Gua Musang telah menjadi lokasi utama Krew nombor 52 Skuadron RAF ini.Tugas mereka hanya mengesan kedudukan gerila Parti Komunis Malaya yang kuat bertapak disitu.Juruterbang pesawat ini dikenali Leftenan Edward Robert,seorang juruterbang berpangkat Sarjan Udara Groffiey Clarence dan seorang lagi juruterbang Sarjan Jurusemboyan Sarjan Udara Thomas Otoole.

Misi mereka adalah untuk menggugurkan Smoke Maker bagi operasi membantu pengeboman ke atas Komunis Malaya.Malangnya pesawat ini sama ada dikatakan terhempas atau ditembak oleh Komunis Malaya,ia jatuh terhempas di Mukim Galas Gua Musang iaitu di tengah-tengah hutan tebal.Namun mereka berjaya mengesan lokasi kejadian di tempat nahas berlaku.Disebabkan faktor keselamatan tertentu.Mayat ketiga-tiga mereka dibawa keluar dari persawat terhempas tersebut dan dikebumi berhampiran bangkai pesawat terhempas.Sudah bertahun-tahun lamanya jasad mereka dikebumikan disitu.

Ini cerita sudah lama,sudah berlalu.Waris salah seorang pesawat ini Dannis.Berita kehilangan abangnya terkorban dalam kejadian pesawat terhempas ini masih menjadi misteri.Beliau nak tahu dimanakah lokasi jasad abangnya dikebumikan,lalu dibantu anggota Briged ke 8.
Anggota dari Briged ke 8 telah melakukan misi pencarian kira-kira 3km dari Gua Musang,ia mengambil masa 5 jam untuk sampi ke lokasi ini.Selain itu kerja-kerja mengesan tapak dan kerja penggalian dilakukan oleh pihak Muzium Tentera Darat.Setelah kerja penggalian dilakukan oleh Muzium TD,namun ia berjaya dapat diselesaikan dengan baik setelah cebisan tulang ditemui.Proses seterusnya dibuat DNA pada tulang tersebut,untuk mengesan siapakah waris mereka.
Sebenarnya bangkai pesawat yang terhempas ini sudah diketahui oleh penduduk kampung disini.Kerja pencarian pesawat ini pun dibantu oleh orang asli.Namun kita saja tak tahu sejarahnya yang sudah berlalu. mus 10 rmr