PESAWAT DC-3 DAKOTA BERSEMADI DALAM HUTAN TEBAL.
Pada tahun 1950
misi penerbangan Dougles DC-3 DAKOTA (KN630) milik tentera Britain
(RAF).Sejak beberapa minggu yang lalu,di Hutan Tebal Gua Musang telah
menjadi lokasi utama Krew nombor 52 Skuadron RAF ini.Tugas mereka hanya
mengesan kedudukan gerila Parti Komunis Malaya yang kuat bertapak
disitu.Juruterbang pesawat ini dikenali Leftenan Edward Robert,seorang
juruterbang berpangkat Sarjan Udara Groffiey Clarence dan seorang lagi juruterbang Sarjan Jurusemboyan Sarjan Udara Thomas Otoole.
Misi mereka adalah untuk menggugurkan Smoke Maker bagi operasi membantu
pengeboman ke atas Komunis Malaya.Malangnya pesawat ini sama ada
dikatakan terhempas atau ditembak oleh Komunis Malaya,ia jatuh terhempas
di Mukim Galas Gua Musang iaitu di tengah-tengah hutan tebal.Namun
mereka berjaya mengesan lokasi kejadian di tempat nahas
berlaku.Disebabkan faktor keselamatan tertentu.Mayat ketiga-tiga mereka
dibawa keluar dari persawat terhempas tersebut dan dikebumi berhampiran
bangkai pesawat terhempas.Sudah bertahun-tahun lamanya jasad mereka
dikebumikan disitu.
Ini cerita sudah lama,sudah berlalu.Waris
salah seorang pesawat ini Dannis.Berita kehilangan abangnya terkorban
dalam kejadian pesawat terhempas ini masih menjadi misteri.Beliau nak
tahu dimanakah lokasi jasad abangnya dikebumikan,lalu dibantu anggota
Briged ke 8.
Anggota dari Briged ke 8 telah melakukan misi
pencarian kira-kira 3km dari Gua Musang,ia mengambil masa 5 jam untuk
sampi ke lokasi ini.Selain itu kerja-kerja mengesan tapak dan kerja
penggalian dilakukan oleh pihak Muzium Tentera Darat.Setelah kerja
penggalian dilakukan oleh Muzium TD,namun ia berjaya dapat diselesaikan
dengan baik setelah cebisan tulang ditemui.Proses seterusnya dibuat DNA
pada tulang tersebut,untuk mengesan siapakah waris mereka.
Sebenarnya bangkai pesawat yang terhempas ini sudah diketahui oleh
penduduk kampung disini.Kerja pencarian pesawat ini pun dibantu oleh
orang asli.Namun kita saja tak tahu sejarahnya yang sudah berlalu. mus
10 rmr

No comments:
Post a Comment